Tag Archives: pakej

Pinjaman Peribadi: Perkhidmatan Pinjaman oleh Malaysia Building …

Sebelum saya mengulas lebih lanjut tentang perkhidmatan pinjaman kewangan yang ditawarkan oleh MBSB, saya akan menerangkan terlebih dahulu latar belakang syarikat ini untuk mengelakkan sebarang kekeliruan. Malaysia Building Society Berhad (MBSB) sebenarnya adalah merupakan syarikat yang dahulunya dikenali sebagai Federal and Colonial Building Society Limited yang ditubuhkan pada tahun 1950. Tetapi sebelum ia dinamakan sebagai MBSB, ia terlebih dahulu diberi nama sebagai Malaya Borneo Building Society Limited (MBBS) pada tahun 1956. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) [1] dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) [2] merupakan antara pemegang saham terbesar bagi syarikat MBSB ini sekarang. Jadi, reputasi syarikat ini memang tidak dapat dinafikan lagi.

Syarikat MBSB menawarkan berbagai pakej perkhidmatan dan kemudahan kewangan khususnya untuk pegawai dan kakitangan awam kerajaan dan juga kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau badan berkanun termasuklah mereka yang memegang jawatan seperti juruteknik, jururawat, guru, jurutera, doktor, akauntan, peguam, kerani atau pembantu tadbir dan sebagainya. Antara kemudahan – kemudahan pembiayaan kewangan yang popular ialah seperti pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, pinjaman perniagaan dan banyak lagi. Di sini, saya cuma hanya menerangkan berkenaan dengan pinjaman peribadi dan pinjaman perumahan kerana kedua-dua pakej ini yang paling kerap ditanya oleh para pelawat laman web ini.

Bagi kemudahan pinjaman peribadi, MBSB menawarkan perkhidmatan yang dikenali sebagai Personal Financing-i yang mana terbahagi kepada beberapa sub-pakej yang lebih kecil dan spesifik mengikut keperluan para pelanggan. Pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh pihak MBSB boleh mencecah sehingga RM300,000 dan MBSB juga merupakan antara pemiutang sah disisi undang-undang yang menawarkan kadar faedah terendah di Malaysia. Antara kelebihan pinjaman peribadi MBSB yang lain ialah tempoh kelulusan cepat, tidak memerlukan penjamin, proses permohonan yang ringkas dan tempoh bayaran balik boleh mencecah sehingga 25 tahun. MBSB juga ada menawarkan tiga pakej pinjaman peribadi terbaru yang dikenali sebagai 1 Malaysia Package, Waslah Package dan Exec-i Package yang mana pekej-pakej ini mendapat sambutan yang sangat baik pada tahun ini iaitu 2012. Selain itu, pakej pinjaman peribadi yang disediakan oleh MBSB juga senang lulus dan lebih cepat berbanding permohonan melalui bank.

Untuk pinjaman perumahan pula, MBSB menawarkan pakej yang dikenali sebagai MBSB Home Financing. Terdapat beberapa pakej kecil dalam MBSB Home Financing untuk memenuhi keperluan para peminjam. Antara kelebihan pakej ini ialah kelulusan cepat, kadar faedah yang berpatutan dan kompetitif, tempoh bayaran balik lebih lama (mencecah sehingga 30 tahun atau umur peminjam sehingga 65 tahun), dilindungi oleh Takaful [3], pembiayaan sehingga 100% (termasuk pembiayaan MRTT), tiada yuran proses untuk rumah kediaman dan bayaran balik boleh dibuat melalui berbagai kemudahan sistem bayaran yang sedia ada. 

Jadi, jika anda bercadang untuk membuat sama ada pinjaman peribadi atau pinjaman perumahan, tidak syak lagi Malaysia Building Society Berhad (MBSB) [4] adalah pilihan yang tepat dan boleh dipercayai. Cuma anda perlu berhati-hati jika mahu menggunakan khidmat agen kerana ada di antara mereka ini yang cuba menipu dan mendakwa agen sah MBSB tapi sebenarnya tidak. Saya cadangkan supaya anda semak dahulu nombor pendaftaran atau rujukan agent ini dengan MBSB sebelum menggunakan khidmat mereka. Dan anda kena ingat, pihak MBSB tidak meminta wang pendahuluan sebelum permohonan anda diluluskan. Jika anda mahu memohon pinjaman peribadi atau perumahan MBSB, semaklah kelayakan anda disini sekarang secara online. Sekian dahulu dan saya harap penerangan saya ini sedikit sebanyak dapat membantu anda memahami perkhidmatan pembiayaan kewangan yang ditawarkan oleh pihak MBSB. Jumpa anda di artikel yang seterusnya nanti.

Originally posted here: Pinjaman Peribadi: Perkhidmatan Pinjaman oleh Malaysia Building …

mymaccleaner.com

Pinjaman Peribadi: Pinjaman Peribadi Bank Kuwait di Malaysia

Terdapat 3 pakej utama pinjaman peribadi Bank Kuwait atau lebih dikenali sebagai “Kuwait Finance House”. Pakej-pakej tersebut ialah Murabahah Personal Financing-i, Personal Financing-i Umrah and Hajj dan juga Personal Financing-i Government Sector. Ketiga-tiga pakej ini menawarkan pinjaman peribadi bagi tujuan yang berbeza-beza.Pakej Murabahah Personal Financing-i ditawarkan oleh Kuwait Finance House adalah untuk tujuan pembiayaan keperluan peribadi. Jumlah tawaran pinjaman adalah dari RM 10,000 hingga RM 100,000 dan tempoh bayaran balik pula adalah dari 2 hingga 7 tahun. Individu yang layak memohon pakej pinjaman peribadi Kuwait Finance House ini adalah mereka yang berumur 18 hingga 55 tahun, minimum 2 tahun tempoh bekerja dalam jabatan kerajaan, syarikat swasta senarai awam, syarikat antarabangsa dan syarikat swasta terkemuka yang lain bergantung kepada budi bicara Kuwait Finance House.Pakej personal loan atau pinjaman peribadi Personal Financing-i Umrah pula ditawarkan untuk membiayai kewangan bagi rakyat Malaysia yang beragama Islam menunaikan Umrah dan Haji di Mekah. Jumlah pinjaman yang ditawarkan adalah sehingga RM 100,000 dan tempoh bayaran balik pula adalah fleksibel dan boleh diselaraskan bergantung kepada kemampuan kewangan anda.Manakala, pakej pinjaman peribadi Personal Financing-i Government Sector yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House adalah untuk kakitangan tetap dan berpencen kerajaan Malaysia dan mempunyai gaji minimum RM 1,000 bagi tujuan pembiayaan mengubahsuai rumah, perubatan, pendidikan dan juga percutian.  Walau bagaimanapun, kakitangan tentera atau askar tidak layak memohon pakej ini. Kadar pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House adalah dari RM 5,000 hingga RM 200,000 dengan tempoh bayaran balik dari 2 hingga 20 tahun. Semua pakej yang ditawarkan oleh pihak KFH adalah dilindungi oleh Insuran Takaful.

See the original post here: Pinjaman Peribadi: Pinjaman Peribadi Bank Kuwait di Malaysia

http://www.rss-submit.com

Pinjaman Peribadi: Tentang Pinjaman Peribadi CIMB Bank

Terdapat tiga pakej pinjaman peribadi CIMB yang ditawarkan iaitu Xpress Cash Financing-i, Pembiayaan Peribadi Sektor Awam-i dan Cash Plus Financing-i. Semua pakej pinjaman peribadi bank CIMB ini tidak memerlukan penjamin dan kelulusannya juga adalah sangat cepat iaitu 3 hari saja. Tidak ada sebarang perubahan yang ketara di dalam terma dan syarat bagi pinjaman peribadi CIMB 2011 berbanding tahun ini.Untuk pengetahuan anda, terdapat pakej yang berbeza bagi pinjaman peribadi CIMB swasta dan pakej pinjaman peribadi CIMB kakitangan awam yang ditawarkan oleh bank ini. Dan jika anda meneliti kedua-dua jenis pakej ini, anda akan dapati ia mempunyai syarat dan kelayakan minimum yang agak berbeza juga. Misalnya, pakej Pembiayaan Peribadi Sektor Awam-i hanya ditawarkan untuk kakitangan kerajaan sahaja. Walaupun terdapat perbezaan, tetapi ada juga persamaan yang boleh diteliti dari pakej-pakej dari bank lain seperti pinjaman peribadi Bank Islam dan juga Public Bank. Seperkara lagi, semua pakej yang ditawarkan ini termasuk dalam pinjaman peribadi CIMB islamic seperti mana yang sudah ditawarkan dahulu iaitu pinjaman peribadi CIMB islamic 2011. Sebenarnya, jumlah pinjaman peribadi CIMB Express boleh dipohon sehingga 5 kali ganda jumlah pendapatan anda dan ini sangat memberi kemudahan bagi mereka yang memerlukan wang untuk tujuan peribadi mahupun bagi tujuan perniagaan.Kadar faedah umum yang biasa bagi personal loan atau pinjaman peribadi CIMB ialah 3.98 peratus. Walau bagaimanapun, kadar ini akan berubah bergantung kepada jenis pakej, jumlah pinjaman dan juga tempoh bayaran balik yang telah anda pohon dan diluluskan oleh pihak bank ini. Untuk keterangan yang lebih lanjut lagi, anda bolehlah melayari laman web rasmi bank ini dan menyemak senarai  pinjaman peribadi CIMB dan jadual yang telah mereka sediakan untuk para pengunjung.

Read more: Pinjaman Peribadi: Tentang Pinjaman Peribadi CIMB Bank

Pinjaman Peribadi: Pakej Pinjaman Peribadi Bank Islam

Terdapat dua pakej yang ditawarkan dalam pinjaman peribadi bank Islam yang dinamakan Personal Financing-i yang dibahagikan kepada jenis iaitu Package dan Non-Package. Beza yang ketara bagi kedua-dua pakej ini ialah pinjaman Package langsung tidak memerlukan sebarang penjamin, manakala pinjaman Non-Package memerlukan penjamin bagi jumlah pinjaman yang melebihi RM30,000. Syarat ini juga telah diguna pakai dalam pinjaman peribadi bank Islam tahun 2010. Dari segi tempoh bayaran balik pula, kedua-dua pakej ini tidak jauh berbeza iaitu masing-masing menawarkan tempoh maksimum 10 dan 15 tahun. Dari segi faedah yang dikenakan pula, ianya berbeza sekitar 1 hingga 2 peratus bergantung kepada tempoh bayaran balik personal loan atau pinjaman peribadi tersebut. Manakala kedua-dua pakej menawarkan jumlah pinjaman minimum yang sama iaitu RM 10,000 dan masing-masing pakej menawarkan jumlah pinjaman maksimum sebanyak RM 150,000 dan RM 200,000. Kebanyakan syarat bagi pinjaman peribadi bank Islam tidak jauh berbeza dari syarat yang dikeluarkan oleh bank-bank lain dalam Malaysia contohnya pinjaman peribadi Maybank dan pinjaman peribadi Agrobank. Begitu juga terma dan syarat yang dikenakan dalam pinjaman peribadi bank Islam untuk kakitangan swasta. Ianya tiada perbezaan yang ketara dari segi umur dan kelayakan minimum. Kelebihan pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh Bank Islam ini ialah ia dilindungi oleh Insuran Takaful Pinjaman Peribadi. Jika anda mahu mengetahui lebih lanjut lagi berkenaan dengan pinjaman peribadi bank Islam dan jadual pembayaran, anda bolehlah berkunjung ke laman sesawang mereka yang rasmi. Di sana anda akan memperoleh maklumat yang komprehensif dan terkini berhubung pinjaman peribadi bank Islam dan juga jadual pinjaman terbaru yang mereka tawarkan khususnya untuk membantu rakyat memenuhi tuntutan kewangan mereka.

Read more here: Pinjaman Peribadi: Pakej Pinjaman Peribadi Bank Islam

http://www.wpthemesdepot.com