Monthly Archives: November 2012

PROSES PENAMBAHBAIKAN PERKHIDMATAN AWAM MESTI BERTERUSAN, TIDAK STATIK – ALI HAMSA

MADINAH, 30 Nov (Bernama) — Malaysia hari ini memberitahu satu forum antarabangsa di sini bahawa penambahbaikan penyampaian perkhidmatan awam seharusnya menjadi proses berterusan tanpa henti, walaupun selepas sasaran kemajuanya tercapai. Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata penjawat awam perlu memikirkan kemajuan seterusnya yang boleh mereka lakukan bukannya mengekalkan semua yang mungkin dibuat bagi memenuhi keperluan rakyat. Continue reading

Posted in kertas kerja | Tagged , , , , , , , , | Leave a comment

MANGSA BANJIR LUMPUR DI SELAYANG GAGAL SELAMAT HARTA BENDA

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) — Beberapa mangsa banjir di Kampung Sungai Kertas, Selayang dekat sini tidak menyangka hujan lebat sejak lewat petang tadi menyebabkan banjir kilat beserta lumpur dengan paras air yang tinggi hingga mereka gagal menyelamatkan harta benda masing-masing. Malah, mereka menganggap banjir malam ini adalah yang paling teruk sepanjang menetap di kawasan terbabit. Megat Zakaria, 36, berkata paras air meningkat dengan pantas menyebabkan dia tidak sempat untuk menyelamatkan dua buah kereta dan perkakas rumahnya. Continue reading

Posted in kertas kerja | Tagged , , , , , , , , , , , , , | Leave a comment

JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG DIJANGKA SIAP SEPTEMBER 2013

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) — Pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang berjalan lancar dan dijangka siap pada September tahun depan, kata Pengarah Urusan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) Datuk Dr Ismail Mohamed Taib. Beliau berkata kerja-kerja fizikal untuk jambatan itu kini 88.5 peratus siap dan disasarkan untuk mencapai 90 peratus pada akhir tahun ini. Continue reading

Posted in kertas kerja | Tagged , , , , , , , , , , , , , | Leave a comment

Persepsi keterlaluan tentang rasuah tidak mencerminkan keadaan sebenar di Malaysia

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) — Persepsi berkaitan rasuah yang “melampau” tidak mencerminkan realiti Malaysia yang terus berkembang mantap di bidang sosial dan ekonomi.Felo kanan Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) Anis Yusal Yusoff berkata Malaysia mencatat prestasi baik dari segi penerimaan pelaburan asing dan daripada usahawan tempatan, yang seterusnya menghasilkan pertumbuhan kukuh ekonomi dan kadar pembangunan yang tinggi.Katanya walaupun Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia mencatat mata 4.3 dalam Laporan Transparency International 2011, kadar pertumbuhan negara ini sentiasa cergas sejak 12 tahun lepas, dengan purata pertumbuhan 4.8 peratus dari tahun ke tahun.”Kaji selidik ringkas kami mendapati Malaysia tidak akan mencapai kadar pelaburan, kadar pertumbuhan dan kadar pembangunan insan yang dinikmatinya sekarang sekiranya negara ini begitu teruk daripada segi rasuah seperti yang digambarkan,” kata beliau dalam kertas kerja bertajuk “Membanteras Rasuah: Memahami Inisiatif Pencegahan Rasuah di Malaysia”.Kertas kerja setebal 72 muka surat itu dibentangkan pada forum bertajuk “Membasmi Rasuah: Sejauh Mana Kejayaan Kita?” yang dirasmikan penutupannya oleh bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah di sini hari ini.Anis Yusal berkata Malaysia mengalami pemulihan pantas pada 2010, dengan kadar pertumbuhan suku keduanya mencecah lebih 10 peratus.Katanya Malaysia juga menarik jumlah pelaburan langsung asing (FDI) pada kadar kukuh.”Kadar pelaburan lebih banyak dikaitkan dengan tanggapan tentang rasuah, berbanding dengan petunjuk ekonomi lain dan selalunya, orang akan menjangka bahawa peningkatan kadar amalan rasuah akan menyekat kemasukan FDI,” katanya.Beliau berkata mata CPI itu menunjukkan peningkatan kadar kesedaran yang mungkin wujud di kalangan orang ramai dan kesedaran mereka tentang kesan negatif rasuah terhadap masyarakat dan ekonomi.”Dari satu segi, trend ini adalah positif. Memang sesuatu yang menggembirakan apabila melihat orang ramai semakin memberi tumpuan terhadap isu penting ini dan mahukan kerajaan meningkatkan kebertanggungajwabannya,” kata beliau.Beliau berkata ada kemungkinan bahawa peningkatan persepsi orang ramai terhadap rasuah berpunca daripada kempen ahli politik yang menuduh pihak lain lebih teruk mengamalkan rasuah berbanding keadaan sebenar. Continue reading

Posted in kertas kerja | Tagged , , , , , , , , , , , , | Leave a comment

Kes Khalwat: Ketua Pengarah Kesihatan Digantung Kerja

   Tuesday, 27 November 2012 11:16PUTRAJAYA: Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang diadakan hari ini memutuskan untuk menggantung kerja Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkuat kuasa 14 Nov lepas, kata Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam.  “SPA dalam mesyuarat itu telah menimbangkan kertas cadangan untuk menggantung kerja mengikut Peraturan 28(6) dan Peraturan 45, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 terhadap Dr Hasan, Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, Kementerian Kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan semalam. Mahmood berkata Dr Hasan digantung kerja sehingga keputusan tatatertib diputuskan oleh Suruhanjaya terhadapnya dalam mesyuarat seterusnya, pada 3 Dis depan. Pada 14 Nov lepas Dr Hasan, 56, dan pasangannya Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, juga kakitangan kementerian, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini, pada 2.18 pagi hari yang sama. Continue reading

Posted in kertas kerja | Tagged , , , , , , , | Leave a comment